Search

“Adik...”
Ketika aku tengah siram pokok...
  • Share this:

“Adik...”
Ketika aku tengah siram pokok...
Abang Rayfal panggil.
“Ini, mak abang suruh bagi kat ibu adik. Kuih tepung talam.”
Aku tutup paip air dan mendekati dia.
“Oh, terima kasih. Cakap kat Mak Cik Raziah, terima kasih eh.”
Aku...
Kira nak ambil dan cabut aje.
Tapi...
Abang Rayfal tak nak lepaskan bekas tu.
“Tunggu kejap...”
Nak tak nak...
Terpaksalah aku hadap.
“Betul ke Kak Yam nak bertunang Sabtu ni?”
“Haah. Sebenarnya, Kak Yam tak nak tapi... Ayah yang suruh. Dia bertunang atas kehendak ayah dengan calon pilihan ayah. Lelaki tu, anak kawan baik ayah.”
“Oh... Baguslah macam tu. Abang legalah akhirnya dia ubah keputusan dia untuk berkahwin.”
“Abang sedih ke? Apalah kan soalan adik ni... Mestilah abang sedih!”
“Eh, abang gembiralah. Tengok ni... Abang menyerongen!”
Aku mencebik.
Kat dalam...
Siapalah yang tahu?
Kalau cerita Korea...
Mungkin aku dah nangis kat bucu katil.
“Ini tandanya... Abang dah boleh move on dan cari orang yang lain yang boleh mengisi tempat Kak Yam dalam hati abang tu.”
Abang Rayfal senyum. “Tak ada sesiapa yang boleh gantikan dia dalam hati abang ni, dik. Nah... Bagi kat mak cik. Abang pun nak siap-siap pergi kerja.”
Abang Rayfal melepaskan bekas tu...
Dan meninggalkan aku kat tepi tembok...
Ah...
Sedih!
Sebaknya sampai membawa ke ofis!
Tak ada mood nak buat kerja.
Tengok komputer pun...
Macam tengok drama Korea.
Apa eh...
Apa yang patut aku buat dengan Abang Rayfal?
Kalaulah dia tahu yang Kak Yam pun rasa bersalah nak bertunang Sabtu ni... Agaknya Abang Rayfal akan buat apa? Jadi hero dan batalkan majlis tu ke?
Haih...
Yan...
Kau ingat ini cerita Tamil?

#CintaTakJangka


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts